fbpx

Guru pengsan dibuli pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG guru wanita pengsan di sebuah sekolah di Tuyen Quang baru-baru ini. - Foto Tui Tre News

HANOI – Seorang guru di wilayah Tuyen Quang, utara Vietnam pengsan di dalam bilik darjah selepas sekumpulan pelajar mengunci bilik darjah, mengeluarkan kata-kata kesat dan melempar selipar pada kepalanya, lapor akhbar Tuoi Tre semalam.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, guru wanita tersebut dibuli secara fizikal oleh sekumpulan pelajar yang mengikuti kelas muziknya.

Semasa guru itu mahu meninggalkan bilik darjah, pelajar-pelajar tersebut segera mengunci pintu untuk menghalangnya daripada keluar.

Guru tersebut tidak berani menentang tingkah laku para pelajarnya itu tetapi menggunakan telefon pintar untuk merakam situasi yang berlaku.

Sebelum ini, guru berkenaan dilaporkan telah menerima amaran awal daripada pihak pengurusan sekolah kerana didakwa menggunakan bahasa yang tidak sesuai di dalam bilik darjah sebanyak beberapa kali.

Pihak berkuasa sedang menyiasat dan akan mengeluarkan laporan mengenai kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI