fbpx

Segera bina pusat pelupusan sisa kimia di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan Abdul Karim

JOHOR BAHRU – Kerajaan digesa untuk menyegerakan pembinaan sebuah pusat pelupusan sisa kimia di Johor bagi menangani masalah pembuangan sisa kimia atau bahan buangan ke sungai berhampiran.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, cadangan mengenai pembinaan pusat pelupusan sisa kimia itu telah lama disuarakannya namun belum ada perancangan konkrit mengenai dibuat.

Beliau berkata, pada bulan lalu, dia sekali menyuarakan perkara sama kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai cadangan tersebut kerana tidak mahu tragedi Sungai Kim Kim berulang lagi.

“Secara peribadi, saya sudah suarakan perkara ini di Parlimen sejak berlakunya kes pencemaran Sungai Kim Kim pada 2019. Kemudian, saya dijanjikan ia akan dibina segera. Tetapi, kita faham kerajaan bertukar-tukar.

“Semalam, saya maklumkan pula mengenai keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap pelaku yang menyebabkan berlakunya pencemaran Sungai Kim Kim, saya mahu beliau (Nik Nazmi) tahu betapa seriusnya isu pencemaran sungai ini terutamanya di Pasir Gudang dan beliau ambil maklum,” katanya.

Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan yang dijatuhkan mahkamah terhadap seorang pemandu lori yang mengaku bersalah menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 2019.

Pada 30 November lalu, seorang pemandu lori dilaporkan didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan kejadian pencemaran Sungai Kim Kim itu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya dilaporkan berkata N. Maridass didapati melepaskan enap cemar berminyak seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke sungai itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI