fbpx

Pemancing terkejut jumpa mayat lelaki dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki lengkap berpakaian itu dijumpai pemancing petang tadi.

BANGI – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui oleh pemancing dalam sungai sekitar Jalan 5D/L Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 5.54 petang tadi.

Katanya, seramai sembilan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi telah dikejarkan ke lokasi.

“Menurut laporan awal daripada Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Zamri Hashim, mayat yang lengkap berpakaian tersebut dijumpai berada dalam sungai oleh pemancing.

“Pasukan penyelamat sedang menunggu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum memulakan kerja membawa naik mayat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini identiti mayat lelaki terbabit masih belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI