fbpx

Dewan Negara: Kerajaan keluar RM20.5 bilion tanggung kos persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengeluarkan anggaran sebanyak RM20.5 bilion menerusi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bagi membiayai kos persaraan bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Timbalan Menteri Kewangan II, Sim Chee Keong berkata, pecahan kos tersebut adalah sebanyak RM4.5 bilion pada 2018, RM5 bilion (2020), RM5 bilion (2021), RM3 bilion (2022) dan bagi 2023, ia dijangka berjumlah lebih RM3 bilion.

“Bagi prestasi lima tahun terkini KWAP dari 2018 sehingga 2023, KWAP merekodkan purata pendapatan pelaburan berjumlah RM6.7 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Mohd. Hasbie Muda mengenai prestasi KWAP dan jumlah pengeluaran yang dibuat oleh kerajaan bagi membiayai kos persaraan.

Mengulas soalan asal Mohd. Hasbie mengenai dividen KWAP yang mampu dibayar kepada kerajaan hanya berjumlah RM3 bilion, Sim berkata, KWAP sebenarnya tidak membayar dividen tahunan kepada pihak kerajaan.

“Bagaimanapun, dana terkumpul KWAP boleh digunakan hanya untuk tujuan membiayai kos persaraan tahunan kakitangan awam, menerusi mekanisme pengeluaran dana seperti yang tertakluk dalam peruntukan subseksyen 13(5), Akta 662,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sim berkata, setakat 30 September lalu, KWAP mencatatkan sebanyak RM184.8 bilion dana terkumpul selepas diselaraskan dengan pengeluaran terkumpul kerajaan.

“Dana terkumpul KWAP yang tidak diaudit, ialah RM166.3 bilion dan jika diselaraskan dengan pengeluaran terkumpul kerajaan berjumlah RM18.5 billion, dana terkumpul KWAP ialah RM184.8 bilion,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI