fbpx

‘Dah dapat eMadani RM100, boleh makan sedap sikit hari ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramai yang teruja apabila berjaya mendapat e-kredit RM100 menerusi program eMadani hari ini, sejurus selesai membuat tuntutan tanpa perlu menunggu selama lima hari.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata mereka berkongsi kegembiraan masing-masing, malah ada yang merancang untuk ‘makan sedap’ dan tidak kurang juga yang mahu membeli barangan dapur.

“Alhamdulillah, dapatlah makan sedap-sedap sikit sikit,” ujar seorang pengguna.

“Syukur, lepas la duit tol ke tempat kerja untuk 10 hari,” kata Lily.

“Alhamdulilah, dapatlah tampung sementara suami nak gaji ni. Nak beli minyak masak ha,” komen Saliza Mohamad.

Dalam masa sama, ada juga yang teruja apabila mendakwa baru pertama kali dapat menikmati bantuan berupa e-wallet daripada kerajaan.

“Kali pertama dalam sejarah M40 turut menerima bantuan e-wallet. Selalu duk bayar cukai ja, dapat la merasa. Alhamdulillah. Terima kasih PMX,” kongsi Nabiel Ahmad.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, orang ramai terkejut selepas mendapati mereka terpaksa menunggu sehingga lima hari sekiranya ingin menebus e-kredit tunai eMadani sebanyak RM100.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di platform media sosial pagi tadi, orang ramai sudah mula menebus e-kredit tersebut di platform pilihan masing-masing seawal pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI