fbpx

‘Anak antoo Penang’ tak serik, kena pukat lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 50 motosikal disita dalam Ops Bersepadu: Samseng Jalan di Gempur' di kawasan Bayan Baru, awal pagi tadi.

BALIK PULAU – Keterujaan menikmati malam hujung minggu lebih 100 penunggang motosikal sambil menyaksikan aksi perlumbaan haram di port-port panas di daerah ini akhirnya memakan diri apabila mereka dikepung polis, awal pagi tadi.

Dalam operasi Ops Bersepadu: Samseng Jalanan di Gempur’ bermula pukul 11.30 malam itu, sebahagian besar mereka dikatakan tidak sempat melarikan diri berikutan lokasi-lokasi panas pelesit rempit di daerah Timur Laut dan Barat Daya terlebih dahulu ditutup kenderaan polis.

Operasi tersebut dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Daerah Barat Daya dengan kekuatan dua pegawai bersama 25 anggota.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah menjalankan satu operasi tutup di kawasan Jalan Sultan Azlan Shah dan Persiaran Mahsuri, di sini sehingga awal pagi tadi.

Menurutnya, dalam operasi tersebut sebanyak 57 motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Secara keseluruhannya, sejumlah 88 keping saman telah dikeluarkan atas lain kesalahan kesalahan seperti mengubah spesifikasi yang ditetapkan, menggunakan nombor plat fancy, tiada cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

“Kesemua penunggang dan pembonceng dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, selain membendung masalah samseng jalanan, operasi tersebut juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang sering mengganggu ketenteraman awam,” tambahnya.

Pada 26 November lalu, Kosmo! Online melaporkan sekumpulan penunggang motosikal sanggup mengangkat motosikal mereka menyeberangi pembahagi jalan bagi menyelamatkan diri dalam Ops Bersepadu: Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, dekat Pantai Seagate, di sini.

Dalam operasi tersebut, 144 saman dikeluarkan manakala 50 buah motosikal telah disita. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI