fbpx

‘Buka gari, boleh keluar dari kandang tertuduh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafiz dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban atas tuduhan membunuh seorang warga asing empat tahun lalu.

SEREMBAN – Seorang bekas peniaga kantin dilepas dan dibebaskan atas tuduhan membunuh seorang warga asing empat tahun lalu di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, manakala tiga lelaki lagi termasuk seorang doktor diarah membela diri.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan.

Hakim Azizul berkata, setelah menilai secara maksimum keterangan berkenaan orang kena tuduh (OKT) ke empat iaitu Mohd. Hafiz Abdul Kadar, 37, pihak pendakwaan tidak berjaya membentuk kes prima facie kepada tertuduh.

“Dengan ini beliau dilepaskan dan dibebaskan. Buka gari beliau… Mohd. Hafiz boleh keluar dari kandang tertuduh dan duduk di galeri.

“Berkenaan ketiga-tiga tertuduh yang lain, mahkamah mendapati kesemua elemen kesalahan bunuh terbukti secara prima facie atas dasar melangkaui apa-apa keraguan munasabah.

Antara tertuduh yang diarah membela diri di Mahkamah Tinggi Seremban, hari ini. – Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMI / KOSMO!

“Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh dipanggil untuk membela diri. Berkenaan dengan elemen mens rea, saya dapati elemen termaktub Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan telah dibuktikan pihak pendakwaan.

“Liabiliti kesemua tertuduh dibentukkan kerana niat bersama mereka menurut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang dibuktikan secara inferens dari keterangan mengikut keadaan,” katanya.

Tiga tertuduh berkenaan, P. Vengadesvaran, 35; RS Sathya Deepan, 34; dan Dr. Dharma Danny Ferns, 36, melalui peguam masing-masing kemudiannya memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi serta boleh diperiksa balas.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama membunuh A Angu, 30-an di kawasan kandang lembu berhampiran Taman Dawn di sini, antara jam 9 malam sehingga 10.30 malam pada 16 Mac 2019.

Kes disebut semula pada 8 hingga 12 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI