fbpx

Muhyiddin sedia pertahan jawatan Presiden Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin berucap pada PAT 2023. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia mempertahankan semula jawatannya sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti tahun depan.

Muhyiddin berkata, ini selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk isterinya, Puan Seri Norainee Abdul Rahman bahawa kewibawaan beliau masih diperlukan bagi mengukuhkan parti.

Selain itu, ia bagi memastikan kelangsungan momentum positifnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Semalam (Jumaat) saya mesej isteri memaklumkan bahawa ahli parti mahukan saya bertanding semula bagi mempertahankan jawatan Presiden.

Muhyiddin bersama kepimpinan Bersatu selepas berakhirnya PAT 2023, hari ini. – Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

“Isteri balas balik, yang mana beliau merestui apa yang disuarakan oleh ahli parti dengan meminta saya untuk bertanding semula jawatan itu pada pemilihan parti tahun depan.

“Saya jawab okey, I will stay for the last term. This is for the nation, abah must stay on,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2023 Bersatu di Pusat Konvokesyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya bagi memberikan ruang kepada pimpinan baharu untuk menerajui parti itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan, beliau mahu menumpukan tumpuan sepenuhnya kepada keluarganya setelah lebih 50 tahun bekerja sebagai ahli politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI