fbpx
Muhyiddin (tengah) bersama barisan kepimpinan utama Bersatu di Majlis Pelancaran Jentera Bersatu sempena PRN Johor ke-16, di Muar, Johor, malam tadi.

PRN Johor: Kemelut PN, Bersatu sedia bina ‘rumah’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan pembentukan gabungan politik baharu susulan kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

PAS sebelum ini dilaporkan menamatkan kerjasama politik secara langsung dengan Bersatu walaupun masih kekal dalam gabungan tersebut, sekali gus menimbulkan ketidaktentuan terhadap hala tuju PN.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan situasi gabungan PN kini dicemari ‘toksik’ yang menerima individu yang sebelum telah disingkirkan Bersatu.

“Kalau PN tak diperbaiki, ada kedatangan-kedatangan yang telah membawa sehingga orang kata PN telah toksik, dengan mengambil ‘Reset’ dia rangkumkan orang yang telah tinggalkan orang itu, ambil balik letak di situ. Boleh lah nak jadi ketua pembangkang. Tak salah tapi moral of the view very bad (dari segi persepsi umum, ia memberikan imej yang sangat negatif).

“Kalau lah dah tak boleh baiki apa nak buat?. Kita cari yang baru, Bersatu yang baru. Maknanya Bersatu tidak akan mati, kekal abadi untuk selama-lamanya. Kita cuba tubuhkan Bersatu Malaysia, boleh tak?. Contohlah, dan jemput mana-mana parti yang nak join bentuk satu gabungan parti yang besar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Bersatu sempena PRN Johor ke-16, di Bakri, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba menyingkirkan Bersatu daripada PN, yang ditubuhkan olehnya sendiri.

“Sampai bila-bila pun kita akan kekal dalam PN. Konon ada bunyi-bunyi dia nak singkirkan kita nak buangkan kita daripada rumah yang kita bina sendiri. Wajar ke tidak?.

“Dalam perlembagaan PN, bahasa kalau ada masalah-masalah tertentu yang berbangkit, kalau pun perlu diambil tindakan tetapi tindakan menyingkirkan mana-mana parti mesti di bawah Majlis Presiden. Walaupun majlis tertinggi PN dipimpin oleh PAS, ia tak boleh dilaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN