fbpx
HAALAND semakin selesa meledak gol di Piala Dunia apabila mengumpul empat gol dalam dua perlawanan setakat ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Reputasi Haaland terus mencanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS CITY – Erling Haaland membuktikan reputasinya sebagai penyerang paling berbisa dunia apabila meledak dua gol untuk membantu Norway menewaskan Senegal 3-2 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, awal pagi semalam.

Lebih manis, penggempur Manchester City itu turut mencipta sejarah apabila muncul penjaring terbanyak Norway di pentas Piala Dunia selepas mengatasi rekod milik Kjetil Rekdal yang menjaringkan satu gol masing-masing pada edisi 1994 dan 1998.

Kemenangan itu memastikan Norway menjadi pasukan keenam menempah tiket ke pusingan kalah mati selepas Amerika Syarikat, Mexico, Jerman, Argentina dan Perancis.

Dua gol tersebut menyaksikan Haaland kini mengumpul empat jaringan dalam kejohanan kali ini dan kembali berada dalam perebutan sengit untuk memenangi anugerah Kasut Emas.

Jurulatih Norway, Stale Solbakken menyifatkan Haaland sebagai penyerang terbaik dunia dan percaya anak buahnya itu memiliki kemampuan untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan.

“Dia penyerang terbaik. Dia tidak bermain untuk Perancis atau Argentina, tetapi dia adalah pemain Norway. Kami akan cuba memberi Erling (Haaland) lebih banyak banyak bantuan pada aksi seterusnya. Dia sedang berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Haaland kini telah meledakkan 59 gol dalam 52 penampilan antarabangsa bersama Norway, terus mengukuhkan namanya sebaris dengan beberapa pemain terbaik yang pernah disaksikan dalam sejarah bola sepak.

Pemain kelahiran Leeds itu kini menjadi pemain keenam dalam sejarah Piala Dunia yang menjaringkan lebih daripada satu gol dalam dua penampilan pertamanya untuk menyertai kelompok legenda seperti Guillermo Stabile dari Argentina, Sándor Kocsis dari Hungary, Just Fontaine dari Perancis, Grzegorz Lato dari Poland serta bintang semasa England, Harry Kane.

Norway kini berkongsi enam mata dengan Perancis dalam Kumpulan I dan kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi terakhir yang bakal menjadi penentu untuk status juara kumpulan. – AGENS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN