fbpx

Wang simpanan, Tabung Haji RM259,000 lesap ditipu ‘phone scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang guru berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM259,000 selepas terpedaya sindiket penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, mangsa mendakwa dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri dari Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) pada 26 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian telah dihubungi oleh seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Ipoh, Perak mengatakan dia telah terlibat dengan pengubahan wang haram.

“Mangsa telah diminta oleh pegawai penyiasat untuk memindahkan kesemua wang miliknya ke dua akaun yang telah diberikan.

“Disebabkan percaya dan takut, pengadu telah memindahkan semua wang kepada dua akaun bank yang dikatakan dimiliki oleh juruaudit Bank Negara untuk tujuan audit forensik,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mohd. Rosdi memberitahu, mangsa telah melakukan 10 transaksi daripada wang simpanan dan akaun Tabung Haji berjumlah RM259,000 bermula 30 Oktober sehingga 8 November lalu.

Katanya, mangsa kemudian menyedari dia telah ditipu selepas wang diberikan itu tidak dikembalikan seperti yang dijanjikan lalu mangsa membuat laporan polis semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI