fbpx

EPL: Status Onana resahkan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onana mengalami kecederaan pelvis ketika turun beraksi bersama Cameroon menyebabkan United resah menjelang aksi menentang Everton. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag terus dihimpit tekanan apabila penjaga gol utamanya, Andre Onana hampir pasti tidak dapat beraksi pada pertemuan dengan Everton Isnin minggu depan.

Persatuan Bola Sepak Cameroon mengesahkan yang Onana mengalami kecederaan pada bahagian pelvis dan akan kembali ke Manchester untuk menjalani penilaian bersama pasukan The Red Devils.

Bagaimanapun, United dikatakan tidak terlalu gusar dengan keadaan semasa Onana dan masih percaya pemain itu mampu berada dalam keadaan bersedia untuk berkunjung ke Goodison Park.

Buat masa ini, United hampir pasti tidak dapat menggunakan khidmat Christian Eriksen dan Rasmus Hojlund selepas kedua-dua pemain itu turut alami kecederaan dan terpaksa disisihkan disisihkan daripada skuad kebangsaan Denmark.

Eriksen dilaporkan mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat sebulan manakala Hojlund berdepan masalah otot, malah status Marcus Rashford juga masih menjadi tanda tanya selepas bertembung dengan Trent Alexander-Arnold pada aksi dengan Malta, Sabtu lalu.

Januari ini, United juga terpaksa melupakan khidmat Onana sepanjang enam perlawananan kerana penjaga gol itu akan perkuatkan Cameroon harungi Piala Negara-Negara Afrika.

Piala Negara-Negara Afrika dijadualkan berlangsung di Ivory Coast pada 13 Januari hingga 11 Februari. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI