fbpx

Malaysia Techlympics 2023 rekod 1.8 juta penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Akhir Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. Foto oleh KAMARIAH KHALIDI/KOSMO!

PUTRAJAYA – Malaysia Techlympics 2023 berjaya merekodkan sebanyak 1.8 juta penyertaan dari seluruh negara sejak dilancarkan pada Mei lalu, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, inisiatif itu menekankan objektif membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.

Menurutnya, melalui program tersebut pelbagai pertandingan berteraskan teknologi sohor seperti kecerdasan buatan, internet kebendaan, dron, pengekodan dan robotik dipertandingan di peringkat negeri, zon dan kebangsaan melibatkan penyertaan pelajar dan belia berusia tujuh hingga 30 tahun.

“Program Keterangkuman Malaysia Techlympics 2023 melaksanakan sebanyak 50 program jangkauan keterangkuman yang melibatkan pelbagai lokasi dan menyasarkan penyertaan murid luar bandar.

“Hasil dari inisiatif tersebut sebanyak enam buah pasukan melibatkan sekolah murid orang asli dan orang asal telah layak ke peringkat akhir kebangsaan iaitu pasukan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tangap, SK Batu Niah dan SK Batu Bungan dari Sarawak, SK Pos Bersih (Perak), SK Kampong Layau (Johor) dan SK Siong (Kedah).

“Penganjuran kali ini turut memberi peluang kepada pelajar yang berjaya untuk mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa membabitkan pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Negeri Sembilan dan Maktab Rendah Sains Mara Bentong, Pahang ke Global Game Exhibition G-Star, Korea Selatan pada 16 hingga 17 November lalu,” katanya.

Lih Kang berucap pada majlis perasmian Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Akhir Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Pada peringkat zon akhir kebangsaan hari ini, lebih 5,000 peserta dari 1,200 pasukan berkumpul bagi merebut 48 pingat emas dalam pelbagai kategori pertandingan dengan nilai hadiah terkumpul berjumlah RM351,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI