fbpx

Saya doa banjir dapat dielakkan, penduduk terhindar dari musibah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penduduk terutama yang berada di kawasan berisiko banjir mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penduduk juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Jelasnya, semalam Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di beberapa lokasi berisiko melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu.

“Saya berdoa dan berharap agar keadaan banjir ini dapat dielakkan dan penduduk terhindar dari musibah kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda,”tulisnya di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, MetMalaysia semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin depan.

MetMalaysia berkata, di Kelantan, keadaan hujan berterusan tahap bahaya itu diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Sementara itu, di Terengganu pula ia membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Pada kenyataan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada.

Ia melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar); selain Maran, Pekan dan Rompin di Pahang.

Turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Sabah iaitu Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI