fbpx

Nadeera kena ‘lambung’ juri GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadeera yang berduet bersama Jaclyn Victor mendendangkan lagu All I Ask mendapat pujian melambung para juri GV10.

SHAH ALAM – Penyanyi Nadeera meraih pujian daripada barisan juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10) selepas memberi persembahan hebat sebagai rakan duet Jaclyn Victor dengan mendendangkan lagu All I Ask dendangan asal Adele pada konsert minggu kesembilan.

Menurut Datuk Ramli MS, kehadiran Nadeera dalam industri hiburan adalah dialu-alukan kerana memiliki bakat yang hebat.

“Orang macam ini bagus untuk industri. Kalau ada 10 lagi meriah begini, terus bekerja keras,” katanya.

Selain Ramli, Hetty Koes Endang juga turut kagum dengan persembahan nyanyian Nadeera. Bahkan, Hetty menggesanya supaya segera menghasilkan album solo.

“Kamu makan apa setiap hari Nadeera kerana suaranya sangat sedap.

“Nadeera, mulai esok cari produser untuk hasilkan album, jangan buat single sahaja.

Tetap merendah diri dan jangan sombong. Malam ini Jaclyn dan Nadeera ‘gebrek’ (bagus)!”, komen pelantun lagu Kuda Hitam itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI