fbpx

600 pelajar Palestin dikecualikan bayar yuran universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

SEPANG – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pengecualian bayaran yuran pengajian kepada lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam negara ini bagi tempoh setahun bermula serta-merta.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini, KPT juga sedang mengadakan perbincangan dengan pihak universiti swasta untuk berbuat sedemikian.

“Sekarang ini (di Malaysia) terdapat lebih kurang 800 pelajar Palestin yang mana lebih 200 pelajar berada di universiti swasta dan (selebihnya) berada di universiti awam di pelbagai peringkat pengajian.

“Secara umum, saya boleh nyatakan bahawa kita sedang menimbang usaha untuk membantu mereka dalam masa setahun ini. Bagi universiti awam, kita bersedia melonggarkan (syarat) agar mereka dikecualikan bayaran yuran selama setahun.

“Kita juga sedang berunding dengan pihak universiti swasta untuk memastikan pengecualian yuran kepada pelajar-pelajar ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Global (GHEF) 2023 di sini tadi.

Forum yang berlangsung bermula semalam sehingga esok itu melibatkan penyertaan hampir 1,000 perwakilan daripada 17 negara bertujuan sebagai platform untuk pelbagai pihak berkepentingan membincangkan isu-isu yang dihadapi ekosistem pendidikan tinggi.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga sedang mempertimbang pemberian elaun bulanan selama setahun kepada semua pelajar universiti awam di mana kesemua inisiatif itu akan melibatkan kos kira-kira RM20 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI