fbpx
Buruh binaan Bangladesh (kiri) dan suspek menyamar pegawai JIM yang cedera akibat pergelutan dibawa untuk menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Bergelut dengan buruh Bangladesh lepas penyamaran terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Perbuatan tiga lelaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai untuk memeras ugut sekumpulan buruh binaan warga Bangladesh membawa padah apabila dua daripada mereka yang merupakan adik-beradik diberkas polis di Kampung Surau Haji Yaakob, di sini hari ini.

Kejadian bermula pada pukul 11.30 malam tadi itu turut menyebabkan dua suspek berusia 29 dan 36 tahun serta buruh binaan warga asing terbabit cedera akibat pergelutan menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, seorang lagi suspek yang merupakan tukang cat berusia 38 tahun sedang diburu selepas berjaya melarikan diri.

“Dua daripada tiga suspek tersebut menyerbu sebuah tapak pembinaan bango di lokasi kejadian dengan memperkenalkan diri kononnya pegawai JIM. Mereka mengarahkan sekumpulan buruh binaan warga Bangladesh menyerahkan pasport masing-masing kononnya untuk pemeriksaan.

“Salah seorang pekerja warga asing itu yang curiga enggan mematuhinya dan mengajak rakan-rakannya melawan sebaik diminta menyerahkan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN