fbpx
Zambry semasa sesi townhall pada program Kembara Pemimpin Muda Madani Zon Tengah PolyCC di PSA Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

KPT kumpul cadangan struktur semula politeknik, kolej komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengumpul cadangan dan dapatan bagi penstrukturan semula politeknik dan kolej komuniti (PolyCC) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, usaha itu melibatkan penilaian beberapa aspek termasuk isu gaji, laluan kerjaya dan pembangunan tenaga pengajar di institusi berkenaan.

Kata beliau, PolyCC turut telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi membuat penilaian secara menyeluruh.

“Segala cadangan yang diperoleh akan dibawa ke hadapan dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet tahun depan,” katanya selepas merasmikan program Kembara Pemimpin Muda Madani Zon Tengah PolyCC di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, petang ini.

Tambah beliau, kedudukan politeknik antaranya amat penting sebagai bukan hanya semata-mata institusi pendidikan kedua di negara ini.

Semalam, Zambry memaklumkan KPT sedang merangka penstrukturan semula 36 politeknik di seluruh negara bagi mempertimbangkan penawaran program di peringkat ijazah dan sarjana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN