fbpx

Potongan terus gaji, bayar PTPTN melalui Portal Majikan Online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan satu lagi inisiatif perkhidmatan dalam talian melalui Portal Majikan Online untuk memudahkan urusan potongan gaji oleh pihak majikan.

Selain itu, perkhidmatan dalam talian ini juga memberi kemudahan platform kepada majikan untuk menjalankan pengesahan dan semakan data yang lebih mudah dengan proses keseluruhan potongan gaji dilaksanakan secara digital.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, potongan gaji pelanggan yang sebelum ini diuruskan secara manual boleh dilaksanakan pihak majikan secara dalam talian melalui Portal Majikan Online.

“Ia diperkenalkan adalah sebagai salah satu agenda pendigitalan ke arah penambahbaikan perkhidmatan dalam talian untuk memudahkan urusan potongan gaji ke arah perkhidmatan PTPTN yang lebih cekap dan efisyen.

“Dengan adanya Portal Majikan Online, majikan boleh melakukan transaksi potongan gaji pekerja pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, melalui inisiatif yang diperkenalkan PTPTN, ia akan memudahkan majikan melaksanakan potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman, penabungan dalam Simpan SSPN oleh peminjam PTPTN atau pendeposit Simpan SSPN.

“Kerajaan melalui Belanjawan 2024 juga telah bersetuju dengan pemberian insentif diskaun 15 peratus untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

“Diharapkan agar para majikan membantu pekerja mereka yang merupakan peminjam PTPTN untuk mengambil peluang membuat bayaran balik melalui potongan gaji dan menikmati insentif diskaun yang diberikan oleh kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI