fbpx

600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa sedia digerakkan hadapi bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham Mohammad melakukan pemeriksaan perbarisan terdiri daripada 268 Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersempena dengan majlis Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Kira-kira 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa dari tiga universiti bakal digerakkan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi ketika musim monsun timur laut yang sedang melanda negara ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, 600 pegawai PBBS tersebut merupakan pelajar dari tiga universiti iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, pegawai PBBS tersebut akan ditugaskan bagi menghadapi situasi menyelamat ketika bencana banjir atau ribut mengikut lokasi balai bomba yang berhampiran dengan kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, pegawai PBBS ini perlu mendaftarkan diri di balai bomba yang berhampiran terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menyertai anggota bomba yang bertugas.

“Kita amat menggalakkan penyertaan mereka pada kali ini, selain dapat mempraktikkan ilmu kebombaan yang ada selain dapat mengisi penggiliran serta menambah bilangan anggota yang bertugas,” katanya kepada media selepas Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM di Batu Pahat hari ini.

Dalam pada itu, ketika menghadapi monsun timur laut tahun ini pihaknya sudah menyediakan 24,000 anggota terdiri daripada 14,500 pegawai dan anggota tetap, 2,000 anggota Bomba Bantuan dan kira-kira 8,000 anggota Bomba Sukarela selain 1,150 aset.

Ujarnya, bagi menambahkan lagi bilangan pegawai PBBS pada masa yang mendatang pihaknya menyasarkan enam universiti menyertai program ‘Kor Siswa Bomba’ pada tahun 2025. -KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI