fbpx

Pengangguran dijangka terus turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pertumbuhan ekonomi lebih baik, dijangka pada 4.9 peratus tahun depan antara pemangkin kepada kadar pengangguran yang lebih rendah pada 2024. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar pe­ngangguran dijangka terus merekodkan penurunan kepada purata 3.3 peratus pada tahun depan, menurut firma penyelidikan pasaran, Kenanga Research.

Firma tersebut berkata, walaupun dalam kelembapan sektor luaran, seperti yang dicerminkan oleh eksport dan PMI (Indeks Pembelian Pengurus) pembuatan yang lemah, pasaran buruh kekal stabil pada bulan September lalu.

“Ini menunjukkan peranan permintaan domestik dalam menahan kelembapan ekonomi global, sebahagiannya didorong oleh peningkatan beransur-ansur dalam aktiviti pelancongan dan pendapatan isi rumah yang bertambah baik.

“Selain itu, kami percaya langkah dan inisiatif kerajaan juga memainkan peranan penting.

“Ini termasuk sekatan berte­rusan terhadap pengambilan pekerja asing, manakala dasar Model Gaji Progresif akan datang juga bakal menyokong pekerjaan dan imbuhan pada masa depan,” katanya dalam nota kajian yang diterbitkan semalam.

Jabatan Perangkaan kelmarin melaporkan kadar pengangguran negara September lalu kekal pada 3.4 peratus bagi tempoh empat bulan berturut-turut, sementara bilangan penganggur turun kepada 573,700, paras te­rendah sejak Februari 2020, yang merekodkan 525,200 orang pe­nganggur.

Berbanding negara maju, kadar pengangguran di Amerika Syarikat naik sedikit kepada 3.9 peratus daripada 3.8 peratus pada Ogos 2023, manakala kadar pengangguran di Jepun turun kepada 2.6 peratus daripada 2.7 peratus pada Ogos.

Dalam pada itu, Kenanga mengekalkan ramalan purata kadar pengangguran pada 3.5 peratus tahun ini berbanding 3.8 peratus tahun lalu, kecuali terdapat keadaan yang tidak dijangka.

“Hal ini disokong oleh pe­ningkatan dalam ekonomi untuk tahun 2024, yang diunjurkan berkembang sebanyak 4.9 peratus daripada ramalan pertumbuhan kami sebanyak 3.5 hingga empat peratus tahun ini (2022: 8.7 peratus),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI