CHANGLUN – Penduduk di Changlun dan Jitra berharap hanya pelancong berkualiti dibenarkan memasuki negara ini dan bukan mereka yang menyalahgunakan kemasukan untuk bekerja secara tidak sah. Pengerusi Suara Orang Changlun, Mohd. Zaidi Desa berkata, pihak berkuasa perlu melakukan tapisan lebih ketat ke atas warga India dan menolak kemasukan mereka yang mencurigakan. “Selepas isu ini menjadi perhatian, memang tiada lagi kumpulan warga India yang datang secara beramai-ramai ke stesen bas di sini. “Namun begitu, masih ada yang datang dalam jumlah kecil……














