PETALING JAYA – Seorang pemuda sanggup berhenti sekolah seawal usia 15 tahun untuk bekerja sebagai pengutip sampah demi menjadi tulang belakang keluarga dan memastikan adik-adiknya dapat meneruskan persekolahan. Wan Othman Wan Mohd Nor Hassyim, 23, berkata, dia nekad berhenti sekolah dan mengetepikan impian dan masa depannya selepas melihat kesusahan ibu bapa mencari rezeki membesarkan mereka. Kata anak kedua daripada lima beradik itu, dia berpegang kepada prinsip kemuliaan seseorang bukan terletak pada jenis pekerjaan, sebaliknya pada keikhlasan mencari rezeki yang diberkati.…














