fbpx
Keadaan trafik terkini di beberapa lebuh raya utama malam ini.

Gelombang cuti bermula, trafik di lebuh raya mula padat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cuti hujung minggu panjang sempena Hari Pekerja esok menyebabkan aliran trafik di beberapa lebuh raya di seluruh negara  perlahan susulan peningkatan jumlah kenderaan malam ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, situasi itu dikesan di beberapa lokasi kritikal di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan laluan utama sekitar Lembah Klang dan utara Semenanjung.

Makluman trafik setakat ini menunjukkan kesesakan berlaku di kedua-dua arah, termasuk di laluan dari Bukit Lanjan ke Hospital Sungai Buloh, selain beberapa lokasi lain yang disebabkan kemalangan dan kenderaan rosak.

Di arah selatan pula, kesesakan dilaporkan berlaku dari Sungai Petani ke Bertam berikutan sebuah lori rosak yang menghalang lorong kiri, selain aliran perlahan dari Juru ke Jawi, Pulau Pinang.

Sementara itu, trafik di lebuh raya utama sekitar Lembah Klang seperti Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Shah Alam dan Lebuh Raya Sungai Besi turut dilaporkan kenderaan bertali arus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN