fbpx

Sanggup jadi ‘keldai akaun’ sebab nak dapat komisen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek diberkas polis dipercayai terlibat dengan sindiket pembelian telefon bimbit yang tidak wujud.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang suspek lelaki dan seorang wanita kelmarin selepas disyaki bertindak sebagai ‘keldai akaun’ dalam urusan pembelian telefon bimbit yang tidak wujud.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, kedua-dua suspek berusia 31 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Perak Tengah dan Hilir Perak, Perak melibatkan kes yang dilaporkan pada tahun 2021.

“Kerugian yang dialami oleh mangsa sebanyak RM 3,350 sehingga RM 26,800. Kedua-dua suspek dipercayai telah menyerahkan kad bank serta butir-butir perbankan peribadi untuk digunakan oleh individu lain melalui atas talian dalam urusan mendapatkan komisen kerja pada pertengahan 2021,” katanya di sini, hari ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 67 tahun ditahan oleh Polis Barat Daya semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) kerana disyaki menjalankan aktiviti judi loteri awam haram.

“Tangkapan dilakukan di tepi sebuah kedai kopi di Sungai Ara. Turut dirampas ialah sebuah telefon bimbit yang tertera angka-angka dan nilai taruhan dan sejumlah wang tunai disyaki wang kutipan loteri awam haram

“Semakan rekod lampau dapati suspek memiliki lima rekod narkotik,” katanya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI