fbpx

Kurang mesin jentuai jejas pengeluaran padi Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (dua dari kanan) meninjau kerja penuaian padi di Parit 3 Ban 3, Sungai Burong, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kekurangan mesin jentuai dan cuaca menjadi faktor utama pesawah di Tanjong Karang di sini, mengalami kemerosotan hasil pengeluaran padi antara lima hingga 10 peratus musim ini.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, dua isu itu diluahkan pesawah ketika lawatan beliau bagi meninjau kerja-kerja penuaian padi di kawasan tersebut.

“Keadaan cuaca tidak menentu terutama hujan dan ribut mengakibatkan banyak pokok padi yang sudah masak tumbang. Tambah membimbangkan mereka apabila mesin jentuai tidak cukup hingga berlaku kelewatan pemotongan sekali gus menjejaskan hasil pengeluaran padi,” katanya selepas melawat tanaman padi di Parit 3 Ban 3, Sungai Burong di sini, hari ini.

Jelas beliau, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) memiliki 25 mesin jentuai namun masih tidak mencukupi bagi menampung keluasan kawasan sawah padi kira-kira 5,000 hektar di Tanjong Karang.

Tambahnya, daripada jumlah itu didapati 12 mesin jentuai melaksanakan kerja penuaian padi di Sungai Burong manakala 10 lagi mesin di Sawah Sempadan dan selebihnya dalam penyelenggaran.

Justeru kata Abdul Razak, perkara ini akan dibawa kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi permohonan tambahan peruntukan bagi membeli mesin baharu di kawasan kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI