fbpx

Sakit hati, tiada lagi Chanel – Shaheizy Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, pelakon Shaheizy Sam nekad boikot jenama dan produk yang menyumbang dana kepada tentera Zionis.

PETALING JAYA – Pelakon Shaheizy Sam kini dalam usaha memboikot produk dan jenama yang diketahui ada menyalurkan dana kepada tentera Zionis sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Ujar pelakon berusia 41 tahun itu, tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda solidariti menentang kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap Palestin sejak 7 Oktober lalu.

“Saya sendiri memang dalam usaha untuk memboikot produk-produk di Malaysia yang diketahui ada menyalurkan dana kepada tentera Zionis.

“Ada Syarikat tidak mengeluarkan sumbangan kepada mereka (Zionis), tetapi syarikat tersebut membayar royalti kepada syarikat induk yang kita sendiri tidak tahu ke mana duit tersebut pergi.

“Kalau saya dengar duit itu disalurkan untuk melakukan kebinasaan, saya akan berhenti menggunakannya (boikot),” kata Sam kepada Kosmo! Online.

Untuk menjayakan perjuangan itu, Sam yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem La Luna, baru-baru ini memberitahu dia mempunyai pautan senarai produk atau syarikat yang diketahui menyalurkan dana kepada Zionis.

“Saya memang sedaya upaya memboikot produk-produk yang diketahui bersubahat. Saya ada senarai (pautan) syarikat yang menyalurkan dana kepada Zionis dan sentiasa kongsikan dengan pengikut dalam media sosial,” jelasnya.

Walaupun perjuangan yang dilakukan itu cuma langkah kecil, pelakon filem Polis Evo itu percaya tindakan tersebut sebenarnya penting dan boleh memberi impak yang besar.

“Saya anggap perkara begitu penting (memboikot jenama yang menyalurkan dana kepada Israel). Jangan fikir tentang negara lain.

“Fikir tentang hati sendiri. Sekecil-kecil jumlah walaupun cuma RM100, sebenarnya boleh memudaratkan,” katanya.

Pada masa sama, Sam turut berharap langkah yang dilakukan itu sedikit-sebanyak dapat membantu menyokong industri tempatan untuk terus berkembang.

“Kalau sebelum ini, saya bangga dapat pakai barangan mewah seperti Chanel. Tetapi apabila jenama itu baru-baru ini ada ‘campak’ AS$1 juta untuk kegunaan Zionis, memang saya rasa sakit hati.

“Jadi sekarang, tidak kisah lagi jika tidak dapat memakai barangan berjenama atau produk yang ‘wow’ sebab saya tahu tindakan yang saya lakukan ini betul dan baik.

“Pada masa sama, saya juga berharap tindakan memboikot ini dapat membuka mata masyarakat untuk menyokong industri tempatan. Insya-Allah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI