fbpx
Gambar yang dikongsi di media sosial mendakwa wanita terbabit meminta wang caj RM30 semalam.

Wanita menyamar petugas hospital minta RM30 caj masuk wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik licik seorang wanita menyamar sebagai petugas hospital untuk mengaut wang daripada waris pesakit terbongkar susulan kejadian di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor semalam.

Dalam kejadian pada petang semalam, seorang wanita dipercayai duduk di kaunter pendaftaran meminta bayaran RM30 daripada waris pesakit kononnya sebagai caj kemasukan wad.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuat bayaran tersebut bagi urusan kemasukan ahli keluarga ke wad.
Bagaimanapun, pihak pengurusan HSA menegaskan individu terbabit bukan petugas hospital dan tindakan tersebut adalah satu penipuan.

Menurut kenyataan rasmi pihak hospital, kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan membuat bayaran di kaunter yang sah selain memastikan resit rasmi dikeluarkan,” kata kenyataan itu.

Orang ramai turut diminta agar lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi cemas melibatkan pesakit.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN