fbpx
Tangkap layar menunjukkan askar Israel menolak mayat seorang lelaki Palestin dari atas bumbung. - Al Jazeera

Presiden Korea Selatan dedahkan video kekejaman Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung mencetuskan kemarahan Israel selepas berkongsikan video keganasan askar Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, lapor saluran berita Al Jazeera.

Video lama yang dirakam pada 2024 itu menunjukkan tentera Israel mendera rakyat Palestin.

“Jika benar, kita mesti menyiasat langkah-langkah yang telah diambil. Pembunuhan beramai-ramai penduduk Yahudi dan pembunuhan ketika perang tiada bezanya. Saya perlu melihat sama ada kejadian itu benar dan jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil,” tulis Jae-myung di platform X.

Video disahkan oleh Al Jazeera itu menunjukkan tentera Israel menolak seorang lelaki Palestin yang sudah tidak bernyawa dari atas bumbung di bandar Qabatiya, Tebing Barat yang diduduki pada September 2024. 

Seorang askar dilihat menendang mayat sebelum ia jatuh.

Tiga rakyat Palestin dicampak dari atas bumbung pada hari sama, mencetuskan kemarahan yang meluas. 

Perkongsian video oleh Jae-myung itu mencetuskan perbalahan awam, dengan Kementerian Luar Israel mengkritik beliau secara langsung.

“Presiden Lee Jae-myung atas sebab yang pelik, memilih untuk menggali cerita dari tahun 2024,” kata satu kenyataan kementerian tersebut, dengan menuduh mereka yang berkongsi rakaman itu menyebarkan berita anti-Israel.

Kementerian Luar Korea Selatan cuba meredakan ketegangan dengan mengatakan bahawa komen Jae-myung mencerminkan desakan lebih meluas untuk hak asasi manusia sejagat dan bukannya pendapat mengenai sebarang isu tertentu.

Jae-myung kemudian menggandakan kenyataan beliau dengan menjawab kritikan Israel menggunakan jawapan yang ‘tajam’.

“Sungguh mengecewakan bahawa anda tidak pernah sekalipun merenungkan kritikan daripada orang di seluruh dunia yang menderita dan bergelut akibat tindakan anti hak asasi manusia dan anti undang-undang antarabangsa yang tidak henti-henti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN