fbpx
FERNANDES dilapor berminat untuk menyertai United selepas West Ham tersingkir ke Liga Kejuaraan. - AFP

EPL: United mula buru sasaran kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan semakin serius untuk mendapatkan khidmat pemain tengah West Ham United, Mateus Fernandes apabila melihat bintang muda Portugal itu sebagai antara calon terbaik untuk memperkukuhkan jentera tengah menjelang musim baharu.

Pengurusan The Red Devils difahamkan sedang merancang rombakan besar di bahagian tengah susulan pemergian Casemiro, selain bersedia mempertimbangkan tawaran terhadap Manuel Ugarte dalam usaha membina skuad lebih kompetitif di bawah kendalian Michael Carrick.

Selepas hampir memuktamadkan perpindahan pemain Atalanta, Ederson, United kini memberi tumpuan kepada sasaran kedua mereka dengan Fernandes muncul sebagai antara nama yang berada dalam senarai teratas kelab.

Pemain berusia 21 tahun itu menyerlah bersama West Ham musim lalu meskipun gagal membantu pasukannya mengelakkan penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Situasi kewangan selepas tersingkir ke divisyen kedua dijangka memaksa West Ham melepaskan beberapa pemain utama dan Fernandes dipercayai antara aset paling bernilai yang berpotensi dijual pada jendela perpindahan kali ini.

Menurut penganalisis bola sepak Eropah, Dean Jones, United melihat peluang cerah untuk mendapatkan pemain tersebut walaupun masih terdapat jurang besar antara nilai yang ditetapkan kedua-dua kelab.

“United mahu membawa masuk tiga pemain tengah pada jendela perpindahan ini dan Fernandes adalah antara nama yang sedang dipertimbangkan secara serius. Terdapat kepercayaan Fernandes akan tersedia di pasaran dan United kini sedang menilai syarat terbaik untuk mendapatkan khidmatnya,” katanya.

Ketika West Ham masih meletakkan tanda harga sekitar £80 juta (RM 426.98 juta), kedudukan mereka yang terdesak selepas penyingkiran dijangka melemahkan kuasa rundingan dan membuka ruang kepada United mendapatkan pemain itu dengan harga lebih rendah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN