fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu selamba berjalan di tengah jalan yang sibuk pada waktu malam. - TikTok

Wanita ‘merajuk’ berdiri tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand menerima kecaman orang ramai apabila dirakam berjalan di tengah jalan raya yang sibuk selepas bertengkar dengan teman lelakinya, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di Jalan No. 331 Khao Hin Son, wilayah Chachoengsao baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mutita_kn menunjukkan wanita memakai seluar pendek itu selamba berjalan di tengah jalan pada waktu malam. 

Teman lelakinya pula hanya mengekori wanita itu dari belakang, dengan sebuah kereta sedan berwarna putih diletakkan berhampiran mereka. 

Perakam video berpendapat bahawa wanita terbabit cuba mendapatkan perhatian teman lelakinya selepas mereka bertengkar. 

Selain mencetuskan kemarahan orang ramai, beberapa pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan mereka untuk mengelak daripada melanggar wanita itu. 

Tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN