fbpx
Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Inspektor polis tidak mengaku ‘makan suap’ RM11,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang Inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, hari ini atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM11,500 berhubung penyelesaian kes judi dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Kamal, 39, yang diwakili peguam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq bagaimanapun memohon supaya dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Pegawai itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara didakwa menerima wang suapan RM5,000 daripada lelaki berusia 55 tahun sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953.

Kesalahan dilakukan di hadapan Bekas Pejabat Kuarantin Tumbuhan, Jalan Bagan Luar, Butterworth pada pukul 3.45 petang, 22 Ogos 2024.

Mohd. Firdaus turut didakwa meminta suapan RM6,500 daripada individu sama bagi tujuan serupa di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Utara pada pukul 5.30 petang, 21 Ogos 2024.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noor Azura Zulkiflee. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan. Sebutan semula kes ditetapkan 12 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN