fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Bellaazizz memaparkan seorang pelajar lelaki yang mengutip sampah di dalam sebuah tren di Singapura.

Pelajar madrasah dipuji, kutip sampah dibuang orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan murni seorang pelajar madrasah di Singapura mengutip sampah yang ditinggalkan penumpang dalam sebuah tren meraih pujian orang ramai sehingga tular di media sosial.

Menerusi hantaran pengguna Bellaazizz di aplikasi Threads, kejadian bermula apabila seorang lelaki dewasa yang membawa beg besar meninggalkan sisa minuman atas lantai tren sebelum beredar.

Meskipun sudah ditegur orang sekeliling, lelaki itu didakwa hanya berlalu pergi tanpa menghiraukan sampah yang ditinggalkannya.
“Seorang lelaki dewasa ambil beg dia dan terus jalan, tinggalkan air minuman atas lantai walaupun dah ditegur. Sementara itu, budak ini pula keluarkan plastik dan kutip sampah tersebut. ‘Raised well’ (didikan baik),” katanya.

Perkongsian video itu mendapat perhatian rakan sekolah dan guru pelajar tersebut yang memaklumkan remaja terbabit merupakan pelajar sebuah madrasah di Singapura.

“Terima kasih kerana berkongsi. Insya-Allah saya akan memberikan pujian kepadanya esok di madrasah,” kata Mechattax.

“Sebagai rakan sekelas, kami sangat berbangga dengan dia,” balas @syvkir_rslyy.

Rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kagum dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh pelajar berkenaan.

“Bagusnya adik ini. Suka tengok hantaran macam ini. Semoga membesar jadi anak yang soleh,” kata Z.aikha pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN