fbpx

MOT bangun pelan hala tuju penyahkarbon penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke berucap pada persidangan CAPA - Asia Aviation Summit and Sustainability Awards 2023 di Sepang, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

SEPANG – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang membangunkan pelan hala tuju penyahkarbon penerbangan dengan kerjasama pihak industri dalam usaha untuk meletakkan negara sebagai sebuah hab penerbangan mampan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya menyedari bahawa usaha untuk ke arah penyahkarbon memerlukan kerjasama, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan serta insentif untuk meningkatkan pengeluaran dan penggunaan bahan api penerbangan yang mampan (SAF).

“Kementerian Perladangan dan Komoditi juga telah ditugaskan untuk membangunkan insentif pelaburan untuk pengeluaran dan infrastruktur SAF, serta rangka kerja komprehensif untuk mandat gabungan jangka panjang.

“Kami komited kepada pendekatan holistik untuk kemampanan penerbangan termasuk kecekapan dan kepakaran teknikal, penambahbaikan teknologi dan langkah berasaskan pasaran,” katanya ketika berucap pada CAPA Asia Aviation Summit & Sustainabiliti Awards 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, visi MOT ialah untuk sektor penerbangan Malaysia berakar umbi dalam kemampanan seperti yang digariskan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, yang menekankan penggunaan sumber yang cekap dan mampan di samping meminimumkan pencemaran alam sekitar.

“Kami memahami keperluan mendesak untuk mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan masa depan yang lebih hijau. Kami berdedikasi untuk tujuan ini dan sedang giat berusaha ke arah amalan dan penyelesaian yang lebih mampan.

“Untuk menambah wawasan ini, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia yang dikeluarkan pada Ogos menangani keperluan untuk kejelasan dan panduan dalam penyahkarbonan sektor penerbangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI