fbpx

Abdul Rashid jadi Ketua Pengarah MSN ganti Ahmad Shapawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAUDL RASHID

SELEPAS 35 tahun bersama keluarga Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub kini diangkat menjadi Ketua Pengarah MSN baharu bagi menggantikan tempat yang sebelum ini disandang Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Berbekalkan pengalaman luas, Abdul Rashid menegaskan, beliau akan memegang jawatan yang diamanahkan itu sebaik mungkin terutama dalam misi meningkatkan lagi prestasi sukan negara pada tahap terbaik.

“Pertama sekali, saya mera­kamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh, KBS, ahli lembaga pengurus MSN ke­rana melantik saya sebagai Ketua Pengarah MSN selepas Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Insya-Allah, saya akan bersama dengan semua pegawai dan anggota, cuba untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi sukan di negara kita dan memberi cabaran yang tinggi di peringkat antarabangsa.

“Kita akan membuat perancangan, berbincang bersama-sama dan akan melaksanakan perubahan. Yang mana sudah elok akan diteruskan dan mungkin akan ditambah baik di sana sini.

“Saya akan menggunakan pengalaman 35 tahun di MSN untuk membantu MSN dari segi pentadbiran secara keseluruhan dan pembangunan sukan,” kata Abdul Rashid dalam satu hantaran video disediakan MSN semalam.

Abdul Rashid, 59, memegang kelulusan tertinggi ijazah sarjana pentadbiran perniagaan di Universiti Utara Malaysia pada 2009 dan memulakan tugas­nya di MSN sebagai Ketua Unit Kewangan dari 1988 sehingga 2002.

Beliau kemudian diamanahkan memegang jawatan Pengarah Cawangan Kewangan dari 2003 hingga 2006 sebelum diangkat sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (2007-2017).

Selepas itu, Abdul Rashid yang berasal dari Sungai Petani, Kedah memegang jawatan Pengarah Bahagian Korporat dari 2018 hingga 2019 sebelum diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dari 2020 hingga 2023.

Ahmad Shapawi yang menginjak usia persaraan pada hujung September lalu, dikatakan tidak bercadang untuk melanjutkan kontraknya atas faktor kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI