fbpx
Allahyarham Muhammad Adam.

Pemergian atlet ragbi Sukma P. Pinang satu kehilangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pemergian seorang atlet pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, semalam telah meninggalkan satu kekosongan besar buat skuad negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, pihaknya sudahpun mengambil maklum mengenai kejadian berlaku dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini dengan pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).

“Allahyarham telah menyertai skuad ragbi untuk negeri ini sejak 2023. Pemergiannya disifatkan sebagai kehilangan besar buat pasukan.

“Ketika ini, pegawai MSNPP akan membantu keluarga Allahyarham untuk mengharungi saat genting ini dan jenazah akan dikebumikan di Kedah,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pemain ragbi Sukma Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani sesi latihan di Padang Bola Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah, kira-kira pukul 5.30 petang, semalam.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan kecemasan.

Ketika kejadian, Muhammad Adam yang merupakan penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Arau, Perlis dikatakan sedang menjalani latihan ragbi bersama pasukannya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN