fbpx
Gambar yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Agong nasihat ahli politik jaga adab menjelang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihati pemimpin politik supaya menjaga adab dan tutur kata serta mengelakkan provokasi menjelang musim pilihan raya.

Sultan Ibrahim bertitah, bahang pilihan raya kini mula dirasai apabila ahli politik mula mengatur langkah untuk menonjolkan diri dan memikat hati rakyat.

Bagaimanapun, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Baginda menegaskan, isu sensitif berkaitan institusi diraja, bangsa dan agama tidak wajar dijadikan bahan pertikaian demi kepentingan politik.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Elakkan provokasi dan pertikaian tentang isu sensitif yang berkaitan dengan raja, bangsa dan agama, kerana ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan yang semakin merumitkan suasana semasa.

Menurut baginda, teknologi berkenaan kini digunakan untuk menghasilkan dan menyebarkan berita palsu menerusi suara serta imej tiruan atau ‘deepfake’.

Baginda bertitah, perkembangan tersebut boleh mengelirukan masyarakat dan mencetuskan persepsi yang tidak benar jika tidak dibendung.

“Kebebasan bersuara di media sosial bukan medan untuk menabur fitnah dan kebencian di kalangan rakyat,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru pihak berkuasa supaya terus meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang penyebaran maklumat palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN