LOS ANGELES – Beberapa model kostum (cosplay) wanita mencetuskan kontroversi apabila menjual paket berisi air rendaman kaki mereka semasa konvensyen animasi Jepun (anime), lapor laman berita Oddity Central
Insiden mencetuskan kontroversi itu dilaporkan berlaku di luar pesta anime Fanine Con yang diadakan di bandar San Jose, negeri California, baru-baru ini.
Klip video mengenainya menyaksikan seorang gadis cosplay merendam kakinya dalam bekas berisi jus buah-buahan.
Air tersebut kemudian diisi ke dalam gelas dan dijual kepada pengunjung pada harga antara AS$10 (RM39) hingga AS$15 (RM15) segelas.
Di sebalik barang jualan itu dianggap menjijikkan, beberapa laporan menyatakan bahawa jus tersebut habis dijual dalam masa tidak sampai satu jam.
Kejadian itu mengejutkan ramai pengguna media sosial, namun setakat ini tiada siasatan dilancarkan – AGENSI














