MENGIKUTI pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur (Pengkhususan Jepun) di Universiti Malaya (UM) membuka dimensi baharu dalam hidup Ahmad Danial Adib Ahmad Daud mengenai negara Matahari Terbit termasuk budaya, bahasa dan tatasusila masyarakatnya. Ahmad Danial Adib, 24, atau lebih mesra disapa Adib mula tertarik untuk mempelajari mengenai negara Jepun apabila dia terbaca perkongsian di blog oleh salah seorang pelajar jurusan tersebut. Bertitik tolak dari situ, Adib mencari maklumat mengenai pengajian yang ditawarkan berkaitan dengan Jepun untuk menyambung pengajian di……














