fbpx
Mas Siti Rosnani dibawa untuk rawatan lanjut di HSIP, Kuala Krai semalam.

Nahas empat sekeluarga: Kaki kanan Mas Siti Rosnani terpaksa dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kaki kanan seorang kanak-kanak yang cedera parah selepas motosikal yang dinaiki bersama abang dan dua anak saudaranya merempuh sebuah kereta seorang guru di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang semalam terpaksa dipotong bagi mengelakkan komplikasi yang serius.

Mas Siti Rosnani Rosli, 7, selamat menjalani pembedahan memotong kaki sehingga paras paha di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 5 pagi tadi dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Kakak kepada Mas Siti Rosnani, Mas Asmah, 19, berkata, adiknya dilaporkan stabil tetapi belum sedar selepas menjalani pembedahan selepas dipindahkan dari Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai petang semalam.

Menurutnya, kaki adiknya terpaksa dipotong selepas mengalami darah beku, tisu dan daging pada bahagian kakinya sudah mati akibat komplikasi yang serius.

“Tiga termasuk seorang adik dan dua anak saudara saya sudah sedar dan masih menerima rawatan di HSIP. Adik, Muhammad Muskir, 14, dan anak saudara, Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9 dijangka menjalani pembedahan memasukkan besi pada paha hari ini.

“Kemalangan itu menyebabkan kaki Muhammad Muskir mengalami kecederaan parah apabila tulang paha kanannya hancur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mas Asmah memberitahu, dia bersama keluarga terus berdoa agar Mas Siti Rosnani dapat keluar daripada zon kritikal kerana adiknya itu ketika ini masih belum sedar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN