fbpx

Terbuka Hylo: Tze Yong mudah ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong masih memburu gelaran sulung pada saingan musim ini. - AFP

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada kejohanan badminton Terbuka Hylo yang berlangsung di Saarbrucken, Jerman sebentar tadi.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Saarlandhalle itu, Tze Yong tidak berdepan banyak masalah apabila mudah menewaskan pemain tuan rumah, Max Weisskirchen menerusi aksi straight set 21-8, 21-13 dalam tempoh 30 minit.

meskipun diberi tentangan agak sengit pada awal set pertama, namun pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu dapat memperkemaskan permainan dan berjaya menguasai sepenuhnya perlawanan tersebut.

Menanti Tze Yong di pusingan kedua esok adalah pemenang antara pemain Republik Czech, Jan Louda dan Luka Wraber dari Austria yang akan turun beraksi sebentar lagi.

Untuk rekod, Terbuka Hylo merupakan kejohanan kelima berturut-turut disertai Tze Yong sejak dia beraksi pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan lalu yang menyaksikan dia terkandas di suku akhir.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Johor itu menunjukkan aksi cukup memberangsangkan dalam tiga kejohanan terakhir apabila muncul naib juara pada Terbuka Arctic di Vantaa, Finland selain mara ke separuh akhir Terbuka Denmark.

Hasil keputusan cemerlang yang dilakar Tze Yong, dia berjaya mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan ke-15 dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI