fbpx
AARON (kiri) dan Khai Xing mara ke pusingan kedua selepas beregu India menarik diri. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Indonesia: Aaron-Khai Xing mara ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas mendapat kemenangan percuma ke atas Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, bekas juara remaja dunia itu sedang mendahului set pertama 11-6 sebelum beregu utama India tersebut menarik diri.

Ia berikutan Rankireddy yang dilihat berdepan masalah pada bahagian bahu kanannya sehingga menyebabkan perlawanan dihentikan sebelum mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permainan.

Biarpun tidak dapat menamatkan perlawanan, namun Aaron-Khai Xing menunjukkan corak permainan yang cukup positif, sekali gus mampu memberikan mereka lebih keyakinan menjelang pusingan kedua esok.

Pada pusingan kedua nanti, beregu No.23 dunia itu akan berdepan satu lagi wakil India, Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun yang menewaskan gandingan profesional, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Turut meneruskan kemaraan adalah beregu campuran, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing yang mencatat kemenangan 21-17, 21-9 ke atas pasangan tuan rumah, Marwan Faza-Aisyah Pranata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN