fbpx
JUSTIN terus mempamerkan aksi konsisten pada Terbuka Australia selepas meneruskan kemaraan ke suku akhir. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Australia: Justin tempah aksi suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh meneruskan misi pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia apabila berjaya melangkah ke pusingan suku akhir selepas membenam cabaran pemain Ireland, Nhat Nguyen.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Olympic Boulevard, Sydney sebentar tadi, bekas juara remaja Asia itu terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan straight-set 21-17, 21-19 dalam tempoh 55 minit.

Berdepan Nguyen yang menghuni ranking ke-24 dunia, Justin pada awalnya ketinggalan 7-10 sebelum kembali mengejar dan beberapa kali menyamakan kedudukan dalam aksi set pertama.

Kemudiannya, pemain berusia 22 tahun itu mula mengutip mata demi mata dan menjarakkan kedudukan sebelum memastikan kemenangan 21-17, sekali gus meraih semangat untuk aksi set kedua.

Bersambung set berikutnya, Justin dilihat hanya mengekori Nguyen di belakang dan menyamakan kedudukan 18-18 sebelum dia berjaya memastikan kemenangan mutlak 21-19, seterusnya mara ke suku akhir.

Menjelang aksi suku akhir esok, Justin dijadualkan bertemu pemain Indonesia, Moh. Zaki Ubaidillah yang menewaskan pilihan kelapan dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-19, 21-15.

Sementara itu, hasrat tiga beregu campuran, Jimmy Wong-Cheng Su Yin, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing dan Loo Bing Kun-Noraqilah Maisarah Ramdan untuk mengikut jejak langkah Justin tidak tertunai apabila tewas kepada lawan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN