fbpx

Sudah 100 hari Salahuddin pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dimuat naik Hannah Yeoh bagi mengenang 100 hari pemergian Allahyarham Salehuddin.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenang 100 hari pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub melalui satu hantaran di aplikasi X, hari ini.

“Sudah ada pengganti untuk tempatmu tetapi pemergianmu masih dirasai. Allahyarham Salahuddin masih dalam ingatan,” katanya dalam hantaran sama.

Kini, kerusi Allahyarham di Parlimen Pulai diisi oleh Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat yang menang bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai, Johor.

Mengenang pemergian Allahyarham, rata-rata pengguna meluahkan rasa rindu dan berterima kasih atas usaha arwah yang masih boleh dinikmati rakyat sehingga hari ini.

“Sudah 100 hari, harap individu yang menggantikan arwah kelak dapat meneruskan kerja-kerja beliau. Tengok contoh bos @MydinMalaysia @ameermydin yang sangat tersentuh dengan hasil kerja arwah dan masih meneruskan harga Rahmah,” kata Lee.

“Setiap kali perkataan Rahmah disebut, saya terus teringat arwah menteri. Terima kasih YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh atas peringatan 100 hari pemergian arwah,” kata Kah.

“Seorang menteri yang komited dan akan diingati selama-lamanya. Perkenalkan jenama Rahmah sebagai langkah intervensi untuk mengawal harga barang yang semakin tinggi,” kata Rosidan.

“Jawatan dan pangkat hanyalah sementara. Khidmat arwah kepada rakyatlah yang akan diingati sampai bila-bila,” kata Ah Xiong.

“Siapapun yang bakal menggantikan arwah, individu tersebut ada tanggungjawab besar yang perlu diisi,” kata Chang.

Salahuddin meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun, pengganti kepada jawatan yang dipegang Allahyarham sebelum ini masih belum diputuskan sehingga hari ini.

Ketika ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali memangku tugas Menteri KPDN – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI