fbpx

UCL: ‘Permata’ baharu Xavi menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOPEZ menjadi pemain baharu diperkenalkan Xavi dan berjaya meledak satu gol ketika menentang Donetsk awal pagi semalam. - AFP

BARCELONA – Juara Sepanyol, Barcelona meneruskan permulaan cemerlang mereka dalam saingan Liga Juara-Juara apabila merekodkan kemenangan ketiga selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 2-1 di Stadium Camp Nou awal pagi semalam.

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez lebih berminat untuk memuji pemain tengahnya berusia 20 tahun, Fermin Lopez yang berjaya meledak satu gol dalam aksi ketiga Kumpulan H itu.

“Dia seorang pemain bola sepak yang dinamik. Sikap ditunjukkan sangat mengagumkan untuk pemain muda pada usianya. Dia mahu belajar dan sentiasa meningkatkan diri.

“Saya sangat dengan prestasinya malam ini. Ia membuktikan dia boleh menjadi pemain yang penting buat kami untuk tempoh yang panjang,” kata Xavi.

Sejak kebelakangan ini, Xavi, 43, kerap menurunkan pemain-pemain muda dari Akademi Barcelona membuat debut bersama skuad utama seperti Marc Guiu, 17, yang meledak gol kemenangan ke atas Athletic Bilbao hujung minggu lalu.

Sementara itu, Lopez bersyukur kerana berjaya membalas kepercayaan daripada Xavi dan berharap terus mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama selepas ini.

“Saya tidak pernah menjangkakan ini tetapi saya berusaha sepanjang hidup untuk meraihnya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Xavi di atas peluang ini.

“Kami menang dan saya dapat menjaringkan gol. Sekarang kami akan fokus kepada El Clasico (menentang Real Madrid pada Sabtu ini),” jelas Lopez.

Satu lagi gol Barcelona dalam aksi itu diperoleh menerusi Ferran Torres, manakala Heorhiy Sudakov menghadiahkan jaringan sagu hati buat Shakhtar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI