REIJNDERS (tengah) meledak hatrik ketika membantu Belanda membelasah Greece pada aksi awal pagi semalam. - FB ONS ORANJE

NL: Belanda mula selesa falsafah Xavi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMSTERDAM – Belanda mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga A2 saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas membelasah Greece 7-0 pada perlawanan yang berlangsung di Johan Cruyff Arena awal pagi semalam.

Hatrik daripada Tijjani Reijnders, dua gol Jurrien Timber selain masing-masing satu jaringan menerusi Crysencio Summerville dan Donyell Malen meletakkan skuad The Oranje semakin hampir ke suku akhir.

Jurulatih Belanda, Xavi Hernandez menghamburkan pujian kepada anak-anak buahnya atas aksi cukup meyakinkan tetapi beliau tetap memberi peringatan supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan itu.

“Kami bermain dengan sangat baik pada perlawanan hari ini (semalam), terutamanya ketika separuh masa pertama. Saya perlu mengucapkan tahniah kepada semua pemain atas aksi yang cukup cemerlang.

“Bagaimanapun, ini hanya satu perlawanan dan saya mengingatkan semua pemain supaya mengekalkan rentak permainan yang sama untuk aksi akan datang. Saya bangga dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap Greece, Christos Tzolis menyuarakan rasa kecewa atas kekalahan besar tersebut, terutamanya apabila mereka membenarkan Belanda untuk menguasai sepenuhnya permainan.

“Tidak banyak yang boleh diperkatakan untuk perlawanan hari ini (semalam). Kami bermula dengan sangat buruk selain membenarkan lawan menjaringkan gol setiap kali mereka mencipta peluang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN