fbpx

Konflik Palestin-Israel: Korban Gaza lebih tinggi daripada penghapusan etnik Srebrenica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggaran penduduk Palestin terkorban kini lebih tinggi berbanding di Srebrenica. - Foto AFP

BANDAR GAZA  – Jumlah penduduk Palestin yang  terbunuh atau hilang di bawah runtuhan akibat serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza kini melebihi bilangan mangsa pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica, Bosnia, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med seperti laporan portal berita Middle East Monitor semalam.

Lebih 6,700 penduduk Palestin termasuk lebih 2,900 kanak-kanak terkorban sejak 7 Oktober lalu dan lebih 1,700 mangsa lagi hilang di bawah runtuhan kediaman, kata kumpulan hak asasi manusia itu.

Euro-Med Monitor memberi amaran bahawa apa yang berlaku di Gaza menjadi peringatan tentang pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica yang berlaku dari 11 hingga 22 Julai 1995 semasa perang Bosnia dan Herzegovina.

Ia dianggap sebagai salah satu penghapusan etnik paling buruk pernah dilihat di Eropah selepas Perang Dunia Kedua.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku di bandar Srebrenica di mana seramai 8,372 orang Islam Bosnia hilang  nyawa, ramai daripada mereka lelaki berumur antara 12 hingga 77 tahun.

Tindakan Israel, kata kumpulan hak asasi itu, menunjukkan kepada penghapusan penduduk Palestin sebagai mekanisme tindakan balas dengan menyasarkan pengeboman di kawasan berpenduduk padat, rumah dan perhimpunan awam di Gaza.

Serangan Israel disertai kepungan menyeluruh Semenanjung Gaza dengan bekalan bahan api, elektrik, air dan bantuan kemanusiaan diputuskan sepenuhnya.

Gangguan bekalan elektrik dan kekurangan bahan api bermakna kemudahan kesihatan hampir tiada, jelas kumpulan itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI