fbpx

KKM nasihat pemilik haiwan dapatkan suntikan vaksin rabies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKANISMAN (kanan) menyampaikan cenderamata kepada pasukan Perlis pada Majlis Perasmian Karnival Sukan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia Sempena Bulan Malaysia Sihat sejahtera 2023 di Stadium Mount Austin, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati pemilik haiwan di negara ini untuk memastikan haiwan-haiwan peliharaan mereka telah mendapatkan suntikan rabies.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, langkah itu sebagai usaha pencegahan bagi memastikan penyakit berkenaan terus terkawal di negara ini.

Menurut beliau, keadaan rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan dimana ia boleh digelar sebagai wabak.

“Situasi rabies di semenanjung terkawal, sejak 2020 hingga 2023 hanya terdapat tiga kes direkodkan di Selangor, namun di Sarawak ia lebih kritikal, sejak 2020 hingga 2023 terdapat 75 kes direkodkan dimana dalam tahun ini sahaja, terdapat 17 kes baharu dengan 15 kematian direkodkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Sukan Kebangsaan KKM Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Stadium Mount Austin, di sini hari ini.

Sementara itu, Lukanisman turut memberitahu, langkah-langkah pencegahan telah dijalankan kerajaan negeri Sarawak termasuk melalui Jabatan Veterinar yang menjalankan program suntikan vaksinasi terhadap haiwan peliharaan.

“Difahamkan Jabatan Veterinar dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) ada membuka kaunter dimana pemilik haiwan peliharaan boleh datang dan mendaftarkan haiwan mereka untuk mendapatkan suntikan.

“Manakala bagi haiwan liar pula, suntikan vaksinasi akan dibuat apabila pihak berkenaan menerima aduan. Ini penting kerana anjing khususnya mereka bergerak dalam kumpulan dan sering masuk ke kawasan kediaman.

“Kita bimbang mereka akan menyerang dan menggigit khususnya orang berusia dan kanak-kanak, jadi usaha pencegahan rabies perlu dibuat secara teratur,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI