fbpx

Kerajaan usul perjanjian strategik di Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Riyadh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) ketika mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi atas jemputan Mohammed Salman, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kerajaan telah mengusulkan perjanjian strategik antara ASEAN dan Negara-Negara Teluk (GCC) pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), di Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usul berkenaan melibatkan sektor pelaburan dan merancak pertumbuhan.

“Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ternyata saat bersejarah tatkala ia menemukan dua rantau penting dunia dalam mencorak ‘order’ dunia yang lebih sejahtera secara ekonomi dan mampan.

“Dalam sidang itu, kami bersetuju mengenai beberapa parameter terutamanya melibatkan pelaburan dan merancak pertumbuhan.

“Malaysia menggunakan ruang tersebut dengan mengusulkan perjanjian strategik antara ASEAN dan GCC,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelumnya, beliau turut memuji inisiatif Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud menganjurkan persidangan berkenaan.

“Saya menjunjung tinggi kebijaksanaan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi atas inisiatif beliau dalam melaksanakan mesyuarat-mesyuarat penting dalam membincangkan isu-isu yang dekat dengan ummah.

“Saya turut memanfaatkan ruang yang ada dalam mempererat hubungan Malaysia-Arab Saudi di pelbagai lapangan,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan berkenaan yang pertama kali diadakan.

Katanya, ia sebagai platform dalam memperkukuhkan hubungan antara negara-negara Anggota ASEAN dan GCC melalui kerjasama politik, ekonomi dan sosio-budaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI