fbpx
Isu kenaikan harga minyak terus menjadi topik hangat yang sering dibincangkan di media sosial. - GAMBAR HIASAN

Beza minyak turun dan turun minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM media sosial kencang komen-komen. Mutakhir ini mestilah pasal harga minyak. Lebih-lebih lagi apabila masuk hari Rabu. Ramai berdebar-debar menanti berapa pula harga bahan api untuk seminggu akan datang.

Bayangkan minggu lalu dengan harga diesel seliter RM6.72, rakan penulis terpaksa mengeluarkan wang RM537.60 untuk mengisi tangki 80 liter trak pikap Toyota Hilux miliknya.

Dia yang bergantung kepada kenderaan itu demi kerja dan kereta keluarga mula mengadu ‘lemas’. Tiga kali isi ‘full tank’ sudah boleh membayar ansuran sebulan Toyota Hilux varian tinggi 2.8 GR-Sport. Setiap kali minyak naik, aku mesti ‘naik minyak’. Selorohnya.

Andai diamati perkataan (harga) minyak naik dan naik minyak (mengikut Dewan Bahasa Pustaka (DBP) menjadi marah, mengganas atau menyerang, naik radang) agak ‘kena’ dengan keadaan kini.

Hanya satu ‘ubatnya’, iaitu harga minyak turun. Namun, minyak turun berbeza dengan ‘turun minyak’ (maksud mengikut DBP haiwan seperti gajah menjadi berang atau ganas). Jadi naik minyak maksudnya hampir sama dengan turun minyak. Ini punca orang ramai hilang budi bahasa di media sosial.

Semua sudah sedia maklum. Krisis tenaga global yang berlarutan ini berpunca keegoan Amerika Syarikat (AS) serta ‘abang besarnya’, Israel.

Suka penulis mahu mengulangi kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Malaysia berpendirian tegas agar AS tidak menjadikan dunia sebagai ‘tebusan’ melalui tindakan susulan AS yang mengepung serta melakukan sekatan ke atas semua kapal yang melalui Selat Hormuz.

Kelmarin, Kerajaan Madani mengambil langkah segera untuk menambah baik bantuan kepada pengguna diesel. Pertama sokongan kepada pesawah diperkukuh melalui Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026 dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar.

Ia melibatkan tambahan dana kira-kira RM40 juta dan dijangka memanfaatkan hampir 200,000 pesawah padi, yang sebahagiannya bakal memulakan penanaman padi pada bulan ini.

Keduanya bantuan tunai diesel ditingkatkan meliputi Budi Agri-Komoditi dan Budi Diesel Individu dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi bulan ini serta disalurkan pada Selasa depan.

Budi Agri-Komoditi dijangka memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sekitar RM20 juta sebulan, manakala Budi Diesel Individu dijangka memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung dengan dana tambahan sekitar RM15 juta sebulan.

Suatu langkah perlu bagi memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan lancar. Suatu langkah yang juga dijangkakan krisis tenaga global ini tidak akan membaik dalam tempoh terdekat. Boleh jadi harga petrol dan diesel akan naik lagi. Jika turun tidaklah sebanyak sehingga mencecah harga sebelum konflik Asia Barat.

Namun intervensi awal kerajaan Madani ini mampu memberi sedikit kelegaan kepada rakyat. Jika tidak minggu ini, semoga minggu depan harga minyak turun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN